Monday, June 27, 2011

Faham Erti Disebalik Kesetiaan .

Hi :) Btw korang mestii nak tau kan , ape erti sbnarnye kesetiaan nii . Ramai yang tk faham faham lagii what's the meaningg SETIA and SEBUAH PERHUBUNGAN. Ececehh mcm Dr. Cinta pulak hihi . Btw betul ape , sbb ramai yang cakap "Buat ape aku nak setia , sedangkan belum tentu gf/bf kita tuh jadi future husband/wife kita. Kn kn ? Soo I nk bgtau laa ek ape erti diaa , Hmm .


Kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.

Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya? Tidakkah ia sama dengan penipuan? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan…
Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…



Fyqa XOXO
27/6/2011 ; 8:45 AM

No comments:

Post a Comment